ANTARA SENARAI IDEA CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG

ANTARA SENARAI IDEA CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG



  • Google Adsense
  • Program affiliate Lazada
  • Program affiliate Shopee
  • Program affiliate Involve Asia
  • Program affiliate AccessTrade
  • Tawarkan perkhidmatan berbayar
  • Sewa ruang iklan
  • Jual ebook
  • Beri eBook percuma
  • Buat Dropship

1. Google Adsense

Daftar Google Adsense

Untuk buat semua ini, anda kena ada blog atau laman web.

Jika belum anda, boleh rujuk post ini:

2. Buat Affiliate Lazada


3 sebab utama saya pilih beraffiliate dengan Lazada:

  • Komisen besar

  • Bayaran cepat

  • Banyak pilihan barangan

Mungkin jumlah conversion kurang berbanding dengan Shopee, tapi Lazada komisennya besar.

Sedikit conversion pun dah banyak boleh dapat.

Sebabnya, Lazada menguruskan sendiri program affiliate mereka.

So, komisen affiliate 100% kita yang dapat.

Berbeza dengan Shopee yang mana menggunakan orang tengah untuk menguruskan program affiliate mereka.

(Kita bincang lebih lanjut di bahagian seterusnya)

Macamana nak buat affiliate dengan Lazada dalam blog?

Strategi yang saya gunakan adalah seperti berikut:

Pertama sekali, apa niche laman anda?

(Apa topik yang anda bawakan dalam blog anda?)

Contohnya blog anda berkisar tentang Travel.

Anda boleh buat post seperti:

  • 15 Kelengkapan Hiking yang Wajib untuk Hiker…
  • 8 Beg kalis air terbaik untuk Backpackers…

Kemudian dalam post itu anda persembahkanlah produk-produk dengan link affiliate anda.


3. Buat Affiliate Shopee


Komisen yang saya perolehi daripada program affiliate Shopee agak rendah berbanding dengan Lazada.

Sebabnya, Shopee tak menjalankan program affiliate mereka sendiri.

Mereka menggunakan khidmat orang tengah iaitu: Involve Asia.

Oleh itu komisen pun kena sharelah.

Meskipun kadar komisen agak rendah, tapi volume conversion Shopee besar.

Sebabnya, banyak orang lebih gemar shopping dekat Shopee.

Cara buat affiliate Shopee juga sama seperti yang saya nyatakan untuk Lazada.

Sebagai tambahan, anda boleh selitkan link affiliate dalam post popular yang sedia ada dalam blog anda.

Buat seperti pautan biasa.

Contohnya seperti ini:

4. Involve Asia


Jika anda baca dan ikuti pautan yang saya berikan dalam topik diatas (Shopee), pasti sudah tahu apakah itu Involve Asia.

Involve Asia adalah syarikat pemasaran yang menyediakan pelbagai program Affiliate daripada pelbagai syarikat.

Involve Asia adalah orang tengah untuk anda dan syarikat yang anda nak affiliate.

Gunakan link ini untuk mendaftar dengan Involve Asia: Daftar Involve Asia.

Proses pendaftaran mengambil masa 1-3 hari.

Anda akan diberikan email makluman jika pendaftaran anda diluluskan.

Bagaimana cara nak buat duit dengan Involve Asia?

Dalam Involve Asia ada pelbagai program affiliate yang disediakan.

Anda boleh pilih mana-mana program yang bersesuaian dengan blog anda.

Komisen yang ditawarkan juga berbeza-beza.

Contohnya untuk blog travel.

Program yang boleh anda sertai adalah seperti berikut:

5. AccessTrade



AccessTrade juga adalah adalah salah satu lagi syarikat yang menawarkan pelbagai program affiliate di Malaysia.

Hampir serupa dengan Involve Asia.

(Mungkin serupa).

Satu kelebihan AccessTrade ialah permohonan anda lebih mudah lulus.

Contohnya program affiliate yang sama saya pohon tidak lulus dekat Involve Asia tetapi lulus dekat AccessTrade.

Kadar komisen yang ditawarkan juga hampir sama, yang membezakan adalah bonus yang ditawarkan oleh syarikat.

Saya galakkan anda untuk sertai AccessTrade ini.

Anda boleh baca lanjut dekat sini: Tutorial Program Affiliate AccessTrade Malaysia.


6. Tawarkan Perkhidmatan Berbayar

Jika anda perasan, saya ada letakkan perkhidmatan berbayar dalam bahagian widget.

Jika anda yakin dengan kepakaran @ kebolehan anda, buka servis berbayar.

Nak buka servis apa?

Kuncinya disini adalah, pastikan servis yang anda nak buat tu:


Dapat menyelesaikan masalah


Nak buka servis apa?

Untuk niche blog anda, apakah masalah yang sering dihadapi?

Contohnya, niche Ithmm adalah ‘Panduan & tips untuk buat blog’.

Target pembaca adalah mereka yang berminat nak mula buat blog.

Masalah yang sering dihadapi untuk beginner adalah bagaimana nak setup blog dengan betul, nak beli domain, hosting dan sebagainya.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut saya menawarkan ‘Servis buat blog’.

Ini memudahkan para blogger baru, tak perlu pening-pening kepala.

Ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan pendapatan blog anda.

7. Sewa ruang iklan


Bila blog anda sudah berkembang maju, trafik per day sudah mencecah angka ribu, pasti akan ada pihak yang akan menghubungi anda.

Terutama sekali pihak yang berkaitan dengan niche anda.

Tapi anda tak perlu tunggu untuk mereka mendekati anda.

Cuba anda yang cari mereka.

Pertama, tentukan dahulu bahagian mana yang anda boleh sewakan untuk iklan.

Selalunya ruangan yang popular adalah bahagian header, bahagian widget dan ruangan atas sebelum post.

Kemudian tentukan syarat-syarat seperti harga, sewa untuk berapa lama, apa maklumat yang diperlukan dan sebagainya.

Jangan lupa juga sediakan laporan prestasi blog anda.

Biasanya dalam laporan tu isi utama adalah jumlah trafik @ lawatan ke blog anda.

Untuk tentukan harga pula, saya biasanya gunakan formula berikut:

  • Harga sewa bulanan ruang ads = Jumlah trafik harian (view) / 10

Contohnya jumlah view harian blog anda adalah 3,000.

Harga ruang iklan adalah 3000/10 = RM300 sebulan.

Tak semestinya anda ikut formula ini.

Kalau ruangan iklan anda menjadi rebutan sudah tentu boleh naikkan harga sedikit.

Seterusnya, bagaimana nak cari pihak yang berminat dengan ruangan iklan anda?

Untuk menjawab soalan ini, kena jawab soalan berikut:

Apakah servis yang boleh dikaitkan dengan niche blog anda?

Contohnya untuk blog travel.

Apakah servis yang boleh dikaitkan dengan blog travel?

Agen perlancongan, hotel, homestay, restoran, bus, taxi dan sebagainya…

Bila sudah dapat senarai ini anda boleh buka google dan taipkan servis-servis tersebut.

Selain itu anda boleh juga gunakan Google Maps.

Tengok apa syarikat yang akan muncul.

Langkah seterusnya, dapatkan bagaimana cara untuk menghubungi mereka.

Selalunya melalui email dan borang perhubungan.

Kalau anda mahu lebih agresif lagi boleh gunakan WhatsApp atau call terus mereka.

Seterusnya, hantar email kepada setiap syarikat tersebut.

Sertakan tawaran anda dan juga laporan prestasi laman web anda.

Mustahil dalam banyak-banyak syarikat tu tak ada satu pun yang berminat dengan tawaran anda.

8. Jual eBook

Saya rasa bahagian ni kita semua sudah sedia maklum.

Konsepnya sama sahaja dengan servis berbayar.

Anda kena buat eBook yang boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan orang.

Walaupun klasik tapi cara ini masih lagi efektif.

Kelebihan cara ini adalah susahnya sekali sahaja.

Senangnya berkali-kali.

Cuma perlukan sedikit usaha dari segi pemasaran.

Anda boleh pasarkan dekat facebook market dan laman eCommerce seperti mudah.my, Shopee dan sebagainya.


9. Beri eBook percuma

Bagaimana nak buat duit kalau bagi percuma?

Taktik ini sering digunakan oleh blogger-blogger berjaya.

Anda tak akan dapat duit daripada eBook tersebut.

Tapi anda akan buat duit selepas mereka gunakan eBook tersebut.

Terdapat beberapa tujuan kenapa kita nak bagi eBook percuma.

Antaranya adalah:

  • Untuk dapatkan follower

  • Untuk sales after servis

  • Untuk dapatkan lebih banyak trafik

  • Untuk link affiliate

Tidak semua mahu beli eBook yang dijual.

Tetapi hampir semua nak eBook yang free. Siapa tak nak benda free bukan?

Apatah lagi jika berkenaan dengan minat mereka.

Bagaimana kita boleh dapatkan duit daripada eBook percuma?

Kita lihat point yang pertama dahulu:

1. Untuk dapatkan follower.

Pernahkan anda jumpa blogger yang bagi eBook percuma tapi kena tinggalkan email dahulu?

Tujuan mereka adalah nak dapatkan follower atau email list.

Email list ini kira seperti pembaca tetap mereka.

Setiap kali mereka publish post baru, notifikasi akan sampai ke email anda.

Jika anda berminat anda buka dan baca.

Ini akan membuatkan jumlah trafik ke blog mereka semakin bertambah.

Anda sebagai pengunjung tetap dan pengunjung baru yang datang dari Google, referral facebook dan sebagainya.

Bila jumlah trafik semakin meningkat secara tidak langsung pendapatan lain seperti Google Adsense dan affiliate juga bertambah.

2. Untuk sales after servis

Dalam eBook percuma anda boleh selitkan servis premium anda.

Contohnya, saya berikan eBook percuma berkenaan dengan panduan lengkap cara buat website sendiri.

eBook tersebut memang lengkap dan sangat membantu untuk beginner.

Dengan eBook tersebut, beginner mampu membuat blog sendiri dengan jayanya.

Akan tetapi untuk buat laman web sendiri ini akan ada cabaran yang mendatang.

Contohnya, logo tak center, warna tak sesuai, heading terlalu besar, blog crash dan tak boleh akses dan macam-macam lagi masalah teknikal.

Disinilah saya boleh memperkenalkan servis premium @ berbayar tadi.

Selain itu eBook percuma juga boleh menambahkan trafik laman anda.

Anda cuma perlu menyertakan url blog anda dalam mana-mana bahagian.

Pembaca pasti akan datang melawat blog anda.

10. Buat Dropship

Anda pasti pernah dengar berkenaan dropship bukan?

Dropship adalah model perniagaan tanpa perlu menyimpan stok.

Dalam erti lain kata anda adalah orang tengah.

Anda tahu siapa pembekal dan tahu siapa pembeli.

Kenapa tak combine blog dan juga dropship?

Pembeli adalah pelawat blog anda, pembekal hanya anda yang tahu.

Ambil barang dari pembekal, naikkan harga sedikit kemudian jual dekat pembeli.

Anda boleh buat satu bahagian dalam laman web anda khas untuk barangan dropship tersebut.

Untuk jadikan barang jualan anda laris, terdapat 2 faktor:

  • Barang tersebut unik

  • Harga boleh bersaing dengan penjual lain di Malaysia

Bagaimana anda boleh penuhi kedua-dua faktor berikut?

Jawapannya:

Buat Dropship barangan dari China.

Jika anda sanggup untuk membuat sedikit pelaburan, terdapat plugin yang menjadikan proses dropship tersebut automatik.

Iaitu: Plugin AliDropship

Dengan plugin ini anda boleh pilih terus barang yang nak dipaparkan dalam blog anda.

Naikkan harga sedikit dan mula menjual.

Segala urusan seperti penghantaran dan sebagainya diuruskan oleh Aliexpress.

Tetapi plugin ini bukan percuma. Ia berharga lebih kurang RM385. Kelihatan agak mahal bukan?

Tapi jika anda lakukan dengan betul potensinya amat besar, berbaloi dengan harga yang ditawarkan.


Tak semestinya anda buat semua yang dinyatakan dalam senarai ini.

Anda boleh cuba satu persatu dan lihat mana yang berkesan untuk anda.

Kemudian fokus pada mana-mana cara yang mendatangkan hasil tersebut.

Kongsikan jika bermanfaat pada anda!

#affiliatemarketing


Catat Ulasan

0 Ulasan