Syarikat apa Darul Intensif M Sdn BHD ini?

Apakah perniagaan yang Darul Intensif M Sdn Bhd ini jalankan ? 









Darul Intensif (M) Sdn Bhd merupakan syarikat milik penuh Bumiputera dan ditubuhkan pada November 1994 sejajar dengan seruan kerajaan yang mengalakkan penglibatan Bumiputera dalam bidang perniagaan , seterusnya bersaing dalam menuju era globalisasi.


Syarikat ini mula mengembangkan sayap perniagaan bermula dari bidang pembekalan dan perkhidmatan , seterusnya mengorak langkah ke bidang kerja-kerja Am, kejuruteraan awam dan kerja-kerja penyelenggaraan Am.


Objektif utama

penubuhan syarikat ini adalah untuk muncul sebagai sebuah syarikat yang berdaya saing di dalam industri pembekalan, perkhidmatan dan pembinaan.



Syarikat ini juga adalah sebuah syarikat yang mempunyai latarbelakang kewangan yang baik dan kukuh. Dan ini menjadikan syarikat ini dapat menjalankan perniagaan ini dengan tersusun serta dapat menguruskan perniagaan tanpa masalah. Syarikat ini juga amat mementingkan kualiti dan mutu kerja yang baik serta memberikan perkhidmatan dan pembekalan yang terbaik.


Darul Intensif (M) Sdn Bhd diangotai oleh mereka yang cekap dan berpengalaman yang luas di dalam bidang masing-masing, di mana ia merupakan faktor penting bagi membentuk sebuah syarikat yang kukuh dan mantap dari segala aspek termasuk ekonomi dan pengurusan .


Syarikat ini telah membuktikan kemampuannya dengan mengendalikan projek-projek yang ditawarkan berdasarkan kepada kewangan syarikat yang kukuh dan pengurusan yang mantap dalam menjalankan kerja-kerja yang diamanahkan.


Matlamat utama

Darul Intensif (M) Sdn Bhd adalah untuk menjalankan dan menyelesaikan setiap kerja yang ditugaskan dengan cekap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan , berdasarkan kemampuan syarikat bagi memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan serta meningkatkan ekonomi syarikat khususnya dan ekonomi Negara seiring dengan langkah menjadikan bangsa yang maju.


Sekian Terima Kasih,

Daripada Pihak Pengurusan



Catat Ulasan

0 Ulasan