Cerita Dulu Kala

Cerita Dulu Kala 

Terdapat sebuah cerita tentang seorang Maharaja di sebuah kerajaan dulu kala, Cerita rakyat pada masa dahulu, ada kisah seorang Maharaja dalam abad terdahulu, ada cerita dari masyarakat, yang menceritakan tentang seorang Maharaja yang mempunyai sepuluh ekor anjing liar. Dikatakan beliau akan menggunakan binatang peliharaannya, untuk menyeksa dan memakan mana-mana hambanya yang melakukan kesilapan atau kesalahan terhadapnya. 

Pada satu hari ada salah seorang hambanya ( Antara Paling Kanan) memberikan pendapat yang salah, lalu Maharaja ini tidak menyukai pandangan nya sama sekali. Maka dia memerintahkan supaya hamba itu dilemparkan kepada anjing peliharaan mereka yang buas itu. Lalu Hamba itu berkata, “Aku telah berkhidmat kepadamu selama sepuluh tahun, dan Ini balasan yang aku terima dari kamu kepadaku? 


Tolonglah Aku Tuanku !!!, 

Berikan saya masa dalam sepuluh hari sebelum Tuanku Raja buang saya kepada anjing-anjing itu!” Lantas Maharaja bersetuju dengan permintaan terakhir hambanya itu.


Dan dalam masa sepuluh hari itu, hamba yang bersedih itu pergi menyapa kepada pengawal-pengawal yang menjaga anjing-anjing buas itu dan memberitahu kepada pengawal itu bahawa dia ingin melayani anjing-anjing itu selama sepuluh hari akan datang. Lalu Pengawal itu bingung dengan permintaan itu tetapi bersetuju dengannya, dan pelayan itu mula memberikan makanan kepada anjing-anjing buas itu, serta membersihkan untuk mereka (binatang), memandikan mereka(binatang), dan menyediakan segala macam keselesaan anjing buas itu(binatang),.

Setelah hampir sepuluh hari itu berakhir, raja memerintahkan supaya hamba itu dilemparkan kepada anjing-anjing untuk hukumannya. Apabila dia dicampak ke dalam sangkar binatang tadi, mereka terkejut dan semua kagum melihat anjing-anjing rakus hanya menjilat kaki hamba yang dihukum itu!

Lantas Raja, turut bingung dengan apa yang dilihatnya, lalu berkata,

"Apa yang telah berlaku kepada anjing-anjing saya ini?"

Hamba itu menjawab, "Saya telah pun berkhidmat kepada anjing tuanku hanya sepuluh hari sahaja, dan mereka tidak pula melupakan perkhidmatan saya kepada nya. Namun saya berkhidmat kepada tuanku hampir selama sepuluh tahun penuh dan Tuanku telah melupakan semuanya, hanya pada kesilapan pertama saya sahaja!" Lalu Raja terkejut dan menyedari kesilapannya dan lantas memerintahkan hamba itu dibebaskan dengan segera.



Kesimpulan 

Coretan ini adalah mesej kepada semua orang yang seolah-olah mudah melupakan perkara baik yang dilakukan oleh seseorang untuk mereka , dan sebaik sahaja orang itu melakukan kesilapan, terhadap mereka. Janganlah cepat melupakan dengan mudah, mudah melupakan sejarah yang dipenuhi dengan kebaikan kerana kesilapan yang tidak anda sukai.


Bak kata pepatah Gajah depan mata tak nampak, semut seberang lautan pula terang di mata.


Masakan dengan 1 kesalahan seseorang itu buat, kita boleh melupakan 1000 kebaikan yang di buat.


Manusia Itu lemah, manusia bukan malaikat, malaikat tak pernah buat salah dan patuh.


Manusia lemah, tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini kecuali Nabi kita Muhammad S.A.W.


Insyaallah, sama-sama kita fikir- fikirkan..



Post a Comment

0 Comments