Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 – Semakan Bayaran Mulai Pada 18 Oktober 2025

Bilakah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dibuat? Untuk makluman anda, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa keempat ini akan disalurkan pada 18 Oktober 2025 sempena sambutan Deepavali.

Jumlah bayaran bagi setiap kategori juga telah diumumkan. Untuk semakan status, anda boleh layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  Fasa 4 bagi kategori yang layak serta jumlah bayaran yang akan diterima bagi fasa akhir untuk tahun 2025 ini.


Pengenalan – Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 ialah inisiatif bantuan tunai dari kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

Bagi tahun 2025, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.

peruntukan-str-2025 Ryztrade 1
peruntukan-str-2025 Ryztrade 


Syarat Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  2025

Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025:

A. Isi Rumah

  1. Kahwin; atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    menepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

B. Warga Emas Tiada Pasangan

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
    mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

C. Bujang

  1. i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
    mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

NOTA: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

 

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah seperti berikut:

1. Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.

Jika maklumat akaun bank dikemaskini selepas 29 Julai 2025, hanya bayaran Fasa 4 akan masuk ke akaun baharu. Bayaran Fasa 3 akan ke akaun lama.

 

2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.

Bagi pemohon kategori bujang pula, ibu tunggal tanpa anak, atau warga emas tiada pasangan yang tidak melaporkan maklumat akaun bank, pembayaran juga boleh diterima secara tunai di BSN.

 

Bagi kawasan pedalaman Sabah/Sarawak tanpa capaian perbankan, penyerahan tunai akan diuruskan dan di buat oleh kerajaan di lokasi sesuai.


PENTING: Sebelum ke kaunter BSN, penerima perlu menyemak status kelulusan masing-masing di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  (https://bantuantunai.hasil.gov.my) untuk memastikan layak menuntut tunai.

 

Tarikh & Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  Fasa 4

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada 18 Oktober 2025. Tarikh rasmi ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2026. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : 12 Ogos 2025
  • Fasa 4 : 18 Oktober 2025

Untuk Fasa 4, jumlah bayaran bagi kategori Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah, anda akan menerima RM150 hingga RM700 (ikut bilangan anak). Manakala, Warga emas pula RM150 dan golongan Bujang akan menerima RM150.

 

Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Berikut dikongsikan jumlah baki bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  tahun 2025 mengikut setiap kategori:

RM150-700 untuk Isi Rumah,

Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah

Bilangan Anak

Kelayakan Maksimum (RM)

Fasa 1 

(RM)

Fasa 2 

(RM)

Fasa 3 

(RM)

Fasa 4 

(RM)

0

1000

500

150

150

200

1 > 2

1500

500

300

350

350

3 > 4

2000

500

500

500

500

5 atau lebih

2500

500

650

650

700


Isi Rumah Pendapatan RM2501 ke RM5000

Bilangan Anak

Kelayakan Maksimum (RM)

Fasa 1

(RM)

Fasa 2

(RM)

Fasa 3

(RM)

Fasa 4

(RM)

0

500

150

100

150

100

1 > 2

750

150

200

200

200

3 > 4

1000

250

250 

250

250

5 atau lebih

1250

300

300

300

350

 

Bujang 21 ke 59 Tahun

Kelayakan Maksimum

(RM)

Fasa 1

(RM)

Fasa 2

(RM)

Fasa 3

(RM)

Fasa 4

(RM)

600

150

150

150

150

 

 

 

 

Warga Emas Tiada Pasangan

Kelayakan Maksimum

(RM)

Fasa 1

(RM)

Fasa 2

(RM)

Fasa 3

 (RM)

Fasa 4

(RM)

600

150

150

150

150

 







str-fasa-Ryztrade-2

str-fasa-Ryztrade-3




Sumber: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf

 

Cara Semakan Status Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  Fasa 4

Semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  Fasa 4 boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log Masuk ke MySTR:
    • Klik butang Log Masuk MySTR.
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
    • Tekan butang Log Masuk.
    • Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
    • Masukkan kata laluan MySTR anda.
  3. Semakan Status dan Butiran Bayaran.
  4. Pilih menu “Semakan Permohonan
  5. Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  Fasa 4.

str-fasa-Ryztrade-4
Layari Portal Rasmi STR



str-fasa-Ryztrade-5
Log Masuk ke MySTR

str-fasa-Ryztrade-6
Pilih menu “Semakan Permohonan”






str-fasa-Ryztrade-7
Klik “Maklumat Pembayaran” untuk menyemak status dan jumlah bayaran


Panduan Infografik Cara Semak Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Cara Semak Permohonan STR
Cara Semak Permohonan STR


Cara Semak Permohonan STR 2
Cara Semak Permohonan STR

Cara Semak Permohonan STR 3
Cara Semak Permohonan STR



Penutupan Permohonan / Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4

str-fasa-Ryztrade-11


Kerajaan melalui inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 memaklumkan bahawa tarikh penutupan skrin permohonan dan kemas kini maklumat bagi kelayakan Fasa 4 adalah seperti berikut:

 

Tarikh: 30 September 2025 (Selasa)

Masa: 5.00 Petang

Pastikan anda telah mengemas kini maklumat atau membuat permohonan sebelum tarikh dan masa yang dinyatakan bagi memastikan kelayakan menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4.

 

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini permohonan, >> Kemaskini<< 

layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 (2025)

Tarikh bayaran SumbanganTunai Rahmah (STR) bagi Fasa ke-4 adalah pada 18 Oktober 2025.

 

Dapatkan voucher dan pelbagai barangan Jualan Rahmah untuk membantu anda berjimat setiap bulan.

 

Lupa Kata Laluan STR

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

 

Oleh itu, untuk login ke akaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

 

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

 

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

 

  1. Layari laman web STR di pautan
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

 

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian 

Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

 

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan yang tersenarai dalam eKasih (miskin tegar serta miskin), anda juga layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025.


str-fasa-Ryztrade-12

Kadar & Kaedah Bantuan SARA 2025

  • SARA kepada Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:

    • Isi rumah: Sehingga RM2,100 setahun (kadar ditingkatkan berbanding tahun 2024).
    • Bantuan akan dikreditkan ke MyKad penerima, boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai terpilih MyKasih seluruh negara.
    • Bermula Januari-Mac 2025: RM100 sebulan; mulai April 2025: RM200 sebulan.

  • SARA kepada Penerima Lain STR 2025 (bukan miskin/miskin tegar):

    • Isi rumah: Sehingga RM900 setahun (RM100 sebulan mulai April), warga emas bujang hingga RM450 setahun.

  • Bujang Miskin/Miskin Tegar (21-59 tahun):

    • Terima RM600 setahun (RM50 sebulan mulai Januari 2025).

Ciri Utama SARA

Bantuan bukan dalam bentuk tunai, tetapi kredit bulanan ke MyKad.

Digunakan untuk 14 kategori barangan keperluan asas seperti beras, minyak, telur, susu, ayam/ikan/daging, sayur, roti, lampin pakai buang, sabun, ubat dan alat tulis.

Hanya perlu tunjuk MyKad di lebih 4,100 kedai rakan niaga MyKasih (pasar raya/mini market/pasaraya tempatan).

Baki kredit yang tidak digunapakai tidak tamat tempoh dalam bulan sama, boleh dibelanjakan sehingga 31 Disember 2025.


SARA One-off RM100 (31 OGOS 2025)

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima SARA one-off RM100 dikreditkan ke MyKad pada 31 Ogos 2025.

 

Kredit RM100 SARA UNTUK SEMUA sah digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2025. Baki yang tidak dibelanjakan akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program yang diputuskan kelak.


str-fasa-Ryztrade-13


SARA untuk semua – RM100 guna Mykad

Rujuk artikel berikut untuk info lebih lanjut: SARA Untuk Semua – Bantuan RM100 One-off GunaMyKad

 

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :


Soalan Lazim – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4

1. Apakah itu STR Fasa 4 2025?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah pembayaran terakhir bagi tahun 2025 yang merupakan sebahagian daripada program Sumbangan Tunai Rahmah untuk membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40), warga emas, dan golongan bujang yang layak. Bayaran ini dijangka disalurkan pada bulan November 2025.

 

2. Bila tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4?

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dijadualkan dibuat pada bulan 18 Oktober 2025.

 

3. Berapakah jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4?

Isi rumah berkeluarga akan menerima antara RM150 hingga RM700.

Warga emas akan menerima RM150.

Golongan bujang akan menerima RM100.

 

4. Bagaimana cara untuk menyemak status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Status pembayaran boleh disemak secara online melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bantuantunai.hasil.gov.my

 

5. Apakah kelayakan untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025?

Kategori kelayakan termasuk:

Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan

Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000

Warga emas tanpa pasangan berpendapatan kurang daripada RM5,000

Golongan bujang (pendapatan kurang daripada RM2,500)

 

6. Bagaimanakah cara memohon atau kemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 secara online?

Permohonan dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 boleh dibuat secara online melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bantuantunai.hasil.gov.my. Pemohon perlu log masuk menggunakan nombor MyKad mereka untuk mengakses borang permohonan atau kemaskini maklumat.

 

7. Bagaimana jika permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) saya tidak lulus bagi Fasa 3 atau Fasa 4?

Pemohon yang tidak lulus boleh memohon rayuan untuk Fasa 4 secara dalam talian di portal rasmi SumbanganTunai Rahmah (STR) atau secara manual di pejabat LHDNM. Tempoh permohonan rayuan Fasa 4 sudah dibuka dari 22 Januari hingga 30 September 2025.

 

8. Bagaimana cara untuk login Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025?

Login dilakukan melalui portal rasmi di bantuantunai.hasil.gov.my menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.

 

 


Catat Ulasan

0 Ulasan