Viral Influencer Islam, Menerima Sponsor Judi Online

Viral Influencer Islam, Menerima Sponsor Judi Online 



Dalam Islam, Minum arak, berjudi adalah antara perbuatan yang haram dari segi hukum. Seperti yang kita tahu, sebarang bentuk  penglibatan yang berkaitan dengan dua perkara ini adalah sangat-sangat dilarang dalam agama Islam..



Ada Seorang Youtuber terkenal telah ditaja oleh syarikat judi?



Semalam telah  tular ruangan di media sosial selepas beberapa ciapan yang dibuat di dalam Twitter yang mendakwa seorang Youtuber terkenal telah terlibat di dalam mempromosikan sebuah syarikat judi menerusi saluran video Youtubenya.

Setelah warga netizen selidiki, Youtuber berkenaan terkenal yang telah mempromosikan syarikat judi ‘online’ menerusi sebuah saluan video Youtubenya merupakan saudara seagama kita iaitu  Isa Isarb. Bahkan, syarikat yang dipromosikan itumemang nyata mempromosikan perniagaan kasino (Judi) terbesar Dunia.

Adakah Dia ini Orang Islam?


Tatkala menjenggah ke ruangan komennya, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai kritikan &  tanggapan serta reaksi di ruangan komen Twitter dan Youtube berhubung tindakan influencer muda itu yang mempromosikan judi ‘online’ di salah satu video  saluran YouTubenya.

Setakat waktu ini, tiada sebarang kenyataan dan penjelesan yang telah dibuat Isa berhubung dengan isu ini.

Diharapkan influencer tersebut segera memberikan penjelasan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku dalam kalangan masyarakat. Nak-nak pula, isu ini tular ketika umat islam sedang berpuasa dalam bulan ramadhan pula, sudah pasti berkait dengan judi yang merupakan haraman keras di dalam agama Islam.

Sebagai masyarakat malaysia dan umat Islam, seharusnya anda sedia maklum bahawa hukum judi adalah haram dan pastinya sebarang keterlibatan dalam perkara itu sangat dilarang dalam agama.

Syarikat juga sponsor video…

Namun begitu, sejak semalam tular dakwaan yang mengatakan seorang influencer terkenal telah berkolaborasi dengan syarikat judi dan mempromosikannya dalam saluran YouTube.

Bukan untuk muslim katanya. Tapi…


Walaupun menjelaskan penggunaannya hanya untuk mereka yang bukan beragama Islam, namun video promosi tersebut wujud dalam salah satu video terbaru di dalam YouTube influencer berkenaan.

Netizen juga sempat ‘menyelidik’ nama syarikat judi berkenaan dan didapati memang wujud serta sahih menjalankan perniagaan kasino.

Kenapa ambil sponsor syarikat judi?


Sehubungan dengan itu, rata-rata pengikutnya adalah kanank -kanank dan remaja , bolehkah anda membayangkan sekiranya 2.5juta antara pengikut nya terjebak di dalamjudi online tersebut.

 

MasyaAllah


Catat Ulasan

0 Ulasan