AWAS, JANGAN ANDA TERTIPU DALAM BERIBADAH.

AWAS, JANGAN ANDA TERTIPU DALAM BERIBADAH.



Tahukah anda tentang keadaan dalam masjid di Madinah ( Masjid Nabi). 

Saya mengulas mengenai topik ini disebabkan saya telah pun berpengalaman mengerjakan umrah sebanyak 4 kali dan Haji 1kali.


Mengikut pandangan saya, islam tidak pernah mengajar tentang tidak beradab, jaga kelakuan diri seperti yang dianjurkan oleh Nabi kita, Muhammad S. A. W, memandangkan kita berada di tempat makam Nabi di semadikan serta rumah baginda. 


Pada pandangan saya ianya tidak wajar berlaku sedemikian rupa, kerana saya dapati ketika saya berada di sana melihat gelagat para pelawat yang datang bersesak sesak ingin mendapatkan tempat mereka bersolat terutamanya di kawasan raudah. 


Terkejut saya melihat keadaan itu, ini kerana para jemaah pada bertolak tolak dan tidak menjaga adap mereka mahupun mereka berada dalam kawasan suci islam, apatah lagi kawasan raudah ini bersebelahan dengan makam Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad S A. W. 


Tidak pula para jemaah beragama islam ini bersopan santun menjaga adab dalam kawasan suci ini. 


Sungguh saya tak sangka seperti mahu bergaduh dan bersikap kurang ajar sesama sendiri. Dan ini tidak pernah dianjurkan dalam agama islam. 


Dan yang lebih mengejutkan ada juga yang menipu di dalam masjid apabila mengambil upah yang memaksa bagi tujuan mengiringi membaca doa. 


Awas, terdapat lebai lebai yang menipu terang terangan mengambil kesempatan pada jemaah yang baru datang ke Madinah pada waktu itu, dan tidak terkejutlah ini juga berlaku di Masjidil Haram ketika hendak mendekati Hajar Aswad. 


Ingatlah bahawa penceritaan saya ini adalah niat perkongsian pada jemaah yang baru atau berhajat menunaikan umrah dan haji. 


Bukan hendak merendahkan orang islam tetapi untuk berkongsi pengalaman dalam menunaikan ibadah ini.. 


Ini kerana saya berpandangan bahawa dahulunya kita tidak mempunyai medium untuk mendapatkan maklumat ini. 


Sejak zaman sekarang ataupun mellinium ini baru kita dapat pendedahan dari platform media sosial ini. 


Ini semua tidak pernah dituntut dalam agama islam itu sendiri, kerana kita dianjurkan mengikut segala sifat terpuji nabi kita.. 


Akhirnya bila tiba di tanah suci lain pula yang berlaku dan ianya mengejutkan kita.


Apa lagi bila ada yang mengembar gembur dinyatakan Raudhah itu taman taman syurga


Catat Ulasan

0 Ulasan